Back

TRIO ECLIPSE

Rated 5 stars out of 5
(746 Looking for this)

RM33.00 - RM108.00

pilihan buku
Quantity
328 item available
More Info

TRIO ECLIPSE

 

1 - Hellscape, Ken Hendri

“Makin pendek umur dunia, makin banyak benda pelik yang berlaku.” - Azmi

“Dia lagi besar dari gajah, lagi ganas dari harimau. Makanan dia hanya daging. Kalau dia tak jumpa binatang lain, dia akan makan manusia.” - Raven

Wajah riang di kala matahari naik. Bagaikan penyelamat untuk terus hidup. Namun, sebaliknya pula tatkala malam menjelma.

Mereka menyorok, tidur dalam ketakutan, tanpa berbekalkan sumber elektrik kerana diawasi oleh makhluk aneh pemakan daging.

“Di-Dia ada k-kat belakang kau!” - Syakir

“Cepat menyorok!” - Zul

Adakah ini pengakhiran bagi umat manusia?

“Tempat ni dah tak selamat! Semua orang dah mati! Kita kena keluar sebelum Karnivor jumpa kita!” - Eyman

Apa yang mereka mampu lakukan hanya lari. Lari untuk menyelamatkan diri sendiri.

“Makhluk ni keluar tiap-tiap malam. Kamu tak boleh buat apa-apa melainkan menyorok dan tunggu matahari terbit.” - Pak Su

“Apa yang kita nak buat kalau terjumpa dengan benda tu?” - Kris

“Lari.” - Kein

 

*****

 

2 - Hush, Now, Ayumi

Kerana desakan jahat yang menghantui fikiran, Zari mendaftar diri masuk ke wad psikiatri. Ditahan setidak-tidaknya selama 72 jam, Zari sedar dia tiada banyak masa untuk menyingkap rahsia hitam yang disembunyikan oleh Hospital Atma.

“Saya jumpa … something … dekat basement hospital ni.”

Bertemu Kaz yang punya agenda tersendiri itu tiada dalam perancangan Zari. Jika Zari sedang mencari serpihan teka teki yang sekian lama menghantui, Kaz pula ingin menuntut jawapan tentang misteri di sebalik nama baik Atma.

“I have to believe there’s someone in the hospital who could end this nonsense.”

Rahsia hitam Atma … adakah ia membunuh?

“Zari, apa impian awak?”

A cure for mental illness. Satu ubat untuk semua penyakit. Supaya dalam hidup ni, tak ada sesiapa yang sengsara disebabkan penyakit mental.”

 

*****

 

3 - Tengku Haffaz Daiyan, Jasmin Adira

Jangan harapkan cinta daripada aku.”

 Hanya kerana satu kejadian, mereka akhirnya disatukan.   Tengku Haffaz Daiyan - Dia memiliki segala-galanya. Namun apabila cinta dikhianati, hati yang dulu penuh kelembutan bertukar beku. Sehingga dia mensia-siakan wanita sesuci Darisa Haura.

Suami yang disangka bakal menjadi pelindung, rupa-rupanya penyebab hati Darisa hancur. Kehilangan. Penderitaan. Satu per satu hadir dalam hidup sehingga Darisa lelah untuk menanggung semuanya sendiri.

Tetapi takdir itu aturan Allah SWT. Jika sudah tertulis jodoh buat mereka, pasti bahagia itu akan ada.  “I promise, no matter what happens in our future … insya-Allah, kau tetap bidadari dunia akhirat aku. Cuma kau yang layak untuk gelaran bidadari Tengku Haffaz Daiyan ....”   Walau cinta melebihi apapun, mahligai yang dibina tetap tidak boleh lari daripada ujian. Benarkah cinta mereka abadi, atau takdir punya kisah yang berbeza?  “Dari-Mu aku datang. Dan kepada-Mu, aku kembali.”